Tuesday 20 November 2012

SELEMBUT LUKISAN AISYAH




       Angin sejuk menampar keras pipi Maisarah, Afiqah dan Yusry sebaik sahaja kaki mereka melangkah turun daripada kapal terbang. Akhirnya, impian mereka hendak menjejaki bumi Australia kini tercapai. Senario bermula apabila, mereka berjaya mendapatkan diploma, dua minggu selepas itu, mereka berhajat untuk ke Aus. Sambil-sambil mengambil angin pada musim cuti semesta. Nasib mereka bertuah apabila Maisarah mempunyai makcik di sana. Auntie Safura, seorang wanita berumur lingkungan 30an yang berkahwin dengan pakciknya dan menetap di Aus. Alang-alang sudah sampai di Aus, mereka tidak segan silu meminta agar menumpangkan mereka bermalam di kediaman pasangan itu.

Afiqah merenung jauh melihat keindahan bentangan permukaan bumi yang cantik nan indah berlantaikan hijau di luar rumah Auntie Safura. "Aik, lama mata merenung? Teringatkan Abah di kampung ya?" Maisarah tersengih-sengih melihat Afiqah. Berharap Afiqah akan memberi tindak balas. "Ya. Mestilah ! Setiap saat aku rindu keluarga aku yang jauh di sana. hehe" Afiqah tersenyum manis. Eh, mana Yusry ?" Afiqah menyoal."Oh, dia pergi jalan- jalan ibu kota ni. Jakun sangat. haha, kau rindu dia ke? hehe" Mendengarkan itu, cepat sahaja tangan Afiqah mencubit lengan Maisarah. Marah tambah malu dibuatnya.

"Eh, jom jalan-jalan dekat bawah, luas benar halaman rumah Auntie ni. Mesti banyak filem-filem hindustan dilakonkan disini. haha!!" Maisarah mengajak sambil beracah-acah. Afiqah hanya mengangguk. "Jom!"

Halamannya sungguh luas, jarang orang lalu di kawasan itu, mereka terlalu teruja berkejar-kejaran persis filem-filem hindustan yang dimaksudkan. Lagipun suami Auntie Safura, Uncle Osman masih belum pulang daripada bekerja. Dan Yusry sibuk berjalan-jalan di bandaraya itu, inilah kesempatan mereka berjinak-jinak dengan kawasan itu.

Sedang asyik mereka berkejar-kejaran, anak mata Afiqah tertumpu kepada seorang wanita berpakaian serba hitam putih, lengkap menutup aurat. Dilihatnya sungguh bersopan dan sedang asyik melukis pemandangan di disekelilingnya dan sedang tertumpu ke arah mereka. Maisarah meragui tindakan Afiqah, lalu didekati sahabatnya itu. "Eh, ada wanitalah kat sana tu !" Maisarah yang terkejut terus memberi riaksi. Afiqah tidak memberi tindak balas. Mereka saling berpandangan. Sebaik sahaja mereka kembali menoleh kehadapan, dilihat wanita tu sudah berpaling pulang. Tidak sampai sesaat kereta yang dipandu Yusry pun pulang. Mereka berselisihan di hadapan. Dilihat mereka lama berbual. Mungkinkah Yusry kenal wanita itu?

Akhirnya, malam kembali menyandang tugas, semua orang sudah pun pulang daripada mencari rezeki. Tepat jam 8.30 malam, meja bulat sudah dipenuhi oleh pasangan secocok itu termasuk tiga sekawan itu. Maisarah yang memang akrab dengan keluarga itu lantas bertanya "Auntie, pernah tak Auntie nampak seorang wanita datang melukis di kawasan rumah Auntie?"  Maisarah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Auntie Safura yang mengerti pertanyaa Marisarah lalu memebalas "Kadang-kadang tu adalah. Tapi setahu Auntie, dia memang gemar datang ke sini, katanya pemandangan di sini cantik." Maisarah langsung bertanya "Ohh, siapa nama dia? Dia masih belajar?". "Nama dia Aisyah. Dia orang Malaysia. Itu Auntie tak tak tahu. Orangnya pendiam. Ada masa kamu tergur-tergurlah dia.". "Yusry, kau ada tegurkan ?" Lantas Maisarah menyoal sambil jari telunjuknya menunding ke arah Yusry. "Yes, so?". Semua terdiam dan kembali makan dengan senyap. Yusry pula mula menimbulkan rasa pelik terhadap mereka. 

Selepas makan malam, di ruang rumah itu, Maisarah yang tidak berpuas hati bertanya "Kau bual apa dengan dia?" . "Nothing. just tanya kenapa dia datang, eh, lukisan dia cantik weyh. Esok maybe aku nak jumpa dia lagi. hehe." kelihatan Yusry teruja berkenal dengan kenalan barunya itu. "Kau tau ke dia tinggal mana?". "Entahlah, dia cakap sekali lalu jer.". Afiqah yang berdiam diri dari tadi, sudah malu sehingga menampakkan kemerahan di pipinya.



           Pagi itu, Yusry sudah kelihatan segak bergaya berkaca mata hitam, memakai coat. Sewaktu sarapan pun, Yusry tidak berkata apa-apa sehinggalah dia menyudahkan santapannya. "Saya pergi dulu Uncle, Auntie. Bye Sarah. Bye Fiqah." Dengan senyuman yang sinis dia berlalu pergi. "Err, meluat betul aku tengok dia ni. Tapi aku tak boleh nafikan, dia ni memang handsome. Dia betul ke kenal dengan Aisyah tu?" Afiqah sempat bermonolog.

Jam 9.00 pagi Maisarah dan Afiqah masing-masing sudah lengkap berpakaian seperti penduduk di Aus. Berbaju sejuk dua lapis, melilit mafela di leher dan memakai tudung berfesyen ala-ala Yuna. "Ada nak ke mana?" tanya Auntie Safura yang melihat gelagat mereka. "Oh, nak keluar jap. tengok-tengok tempat ni. Luas pemandangan luas pengetahuan. hehe" Maisarah membalas. "Auntie, nak follow? hehe" gurau Afiqah. "Eh, takpelah. Tak baik ganggu anak dara nak jalan-jalan. Haha" dia berkata sambil ketawa.

            -----------------------------------------------------------------------------------------

     Sambil mereka berjalan-jalan, sempat Afiqah mengambil beberapa keping gambar menggunakan kamera berjenama Nikon kepunyaannya. Afiqah semakin teruja mengambil gambar itu dan ini. Kameranya diarahkan pula ke tepi jalan raya di tempat pengguna berjalan kaki. Bila dilihat dengan teliti di dalam kameranya itu, dia terlihat sebuah kedai yang menjual berbagai-bagai lukisan. Menyedari itu cepat sahaja dia mencuit bahu Maisarah lalu mengajaknya ke kedai itu. Maisarah yang tidak mengerti hanya akur sahaja.

Sampai sahaja di depan pintu kedai itu, Maisarah lantas bertanya"Eh eh, ni gallery ke?". "Haihh, banyak tanyalah kau ni. Masuk jelah." laju tangannya menarik Maisarah.

"Welcome." Seorang wanita berumur 50an lengkap menutup aurat menyambut kedatangan mereka di kedainya "Oh. Thanks." Afiqah tersenyum lebar. Teruja hatinya melihat setiap lukisan yang dilukis dengan penuh seni. "Are you a muslim?" Maisarah yang masih tidak mengerti bertanya kepada wanita itu. Tumpuannya kini 100%  hanya tertumpu kepada tuan kedai itu. "Eh kau ni!" Bisik Afiqah. "Yes. I am." Balas wanita itu." Ohh, Assalamualaikum !" mereka memberi salam dengan serentak. "Waalaikummusalam." Wanita itu tersenyum.

Afiqah dan Maisarah kembali melihat semua koleksi lukisan di situ. "This painting is for sale or just for display?" Afiqah menyoal sambil menunjukkan sebuah lukisan yang diletakkan di sebelah meja kaunter. "Oh, if this painting, we're not sale it. But, other paintings is for sale. Sorry" Wanita yang mahu dikenali sebagai Auntie Ara itu menjawab dengan gelisah. Lukisan itu telah diamanahkan oleh anaknya supaya tidak dijual. bergitulah penjelasan yang diberikan oleh Auntie Ara kepada mereka. Mereka hanya mengangguk tanda mengerti. "Oh, okelah Auntie, kami pergi dulu. Lain kali kami singgah lagi." oppps. Afiqah menutup mulutnya. "ahha, takpelah. Yelah nak. Datang lagi ya." Auntie Ara yang mengerti keadaan mereka berkata.


Keesokkannya, Yusry kelihatan tidak kemana-mana. Dia hanya bersantai-santai di dalam rumah itu. Uncle Osman dan isterinya pula ada sedikit kerja di pejabat. Rumah itu dibuat seperti rumahnya sendiri. Tepat pukul 9.00 pagi, Yusry sudah tergesa-gesa bersiap-siap. Tetapi apabila ditanya dia masih tidak kemana-mana.

Sebuah Vespa  putih berhenti di luar kawasan rumah itu. Cepat sahaja Yusry turun ke bawah membuka pagar mengalu-alukan kedatangan insan itu. Afiqah dan Maisarah hanya menjenguk dari dalam rumah. Rupa-rupanya insan yang dimaksudkan itu ialah Aisyah. Seperti biasa, dia membawa  peralatan lukisnya. Yusry turut membantu membawa peralatannya. Afiqah hanya mampu mengeluh, hatinya terasa bagai dihiris-hiris dan dihiris lagi sehingga lunyai.

Lama juga mereka dihalaman rumah. Mereka kelihatan seperti pasangan bercinta yang sangat romantis. Dua sekawan yang hanya terperuk di dalam rumah itu sudah menjadi seperti kerang busuk. Hendak keluar malu pula. Lagipun malas mengganggu mereka.

Pintu rumah dibuka tanpa memberi salam. Laju ke dapur sibuk menyediakan air. Afiqah dan Maisarah yang berada di ruang tamu dianggapnya seperti batu bernyawa. "Eh, keluarlah jom. Kesian aku sorang-sorang layan Aisyah. Lagipun dia nak sangat berkenalan dengan korang. Keluarlah jom." Yusry mengajak sambil membawa secawan air dan beberapa buku roti. "Eh, korang tolong bawakan hidangan ni keluar. Aku nak naik atas sekejap. Nak ambil sesuatu. Cepatlah." Yusry laju memberi hidangan itu kepada Afiqah lalu bergegas ke tingkat atas. "Eh, bawak jelah keluar. Manatahu benar kata Yus, dia nak berkenalan dengan kita?" Maisarah setuju dengan kata-kata Yusry. "Jomlah." Afiqah mengangkat kening.

"Lama pula Yusry kat atas. Maaf ya." Maisarah berjabat tangan sebaik sahaja sampai di kawasan Aisyah melukis. Afiqah tersenyum lalu berjabat tangan. "Assalamulaikum. I'm Aisyah. I'm so sorry. Maybe I always disturb both of you." Aisyah bangun lalu menunddukan kepala. "Waalaikummusalam. Oh, It's okay. You're not bother us. I'm Afiqah and she's my friend Maisarah" Afiqah tersenyum sambil meletakkan hidangan tadi di atas meja yang sedia ada. "It's nice to meet you this morning." Maisarah juga tersenyum.

"You're always come here to draw? Is that your hobby ?" Afiqah bertanya. "Yes I am. But I draw for other reasons." Aisyah sambung melukis. "Wah, I really like your painting ! Yesterday, we went to a store that sells a variety of paintings." Maisarah sudah terbayang akan kedai  itu. "There were so much beautiful paintings sold there. Too arty" Afiqah juga sudah angau seperti Maisarah. Aisyah yang mengerti maksud mereka hanya tersenyum lebar. Dalam hati dia berkata "Alhamdulillah."

                      "umm, by the way, You have any special relationship with Yusry? " .....

Moldova - Moldovan village life

 Afiqah menggigit bibirnya. Terasa percakapannya akan melukakan hati insan di hadapannya. Maisarah hanya membuntingkan mata tidak percaya yang Afiqah akan tanya soalan seperti itu. Mereka hanya mampu menarik nafas panjang. "He's a very good man. We're just friends. Nothing more than that. Sorry if it makes you feel uncomfortable. I'll pay more attention after this." Aisyah yang rasa bersalah menundukkan kepala. "I'm sorry, Aisyah." Afiqah menghulurkan tangannya tanda meminta maaf. Aisyah tersenyum lalu bersalaman lagi dengan kedua-dua kawan itu. 
            -------------------------------------------------------------------------------------------------
       Hari-hari yang datang pantas meninggalkan mereka. Pejam celik pejam celik tinggal lagi dua hari untuk mereka tinggal di bumi Australia. Tiga hari yang telah berlalu itu terlalu memberi kobosanan kepada mereka. Mereka sekadar berjalan-jalan dan makan angin di situ. Aisyah pun sudah tidak datang ke kawasan rumah Auntie Safura. Mungkin sibuk berseni di tempat lain. Yusry pula sentiasa kelihatan resah dan asyik mengeluh setiap waktu. Mungkin dia rindu pada Aisyah atau ada sebab lain. Tiga sekawan itu benar-benar sudah menjadi seperti kerang busuk di rumah itu. 

"Kita cuma tinggal hari ini dengan esok sahaja. Erghh! " Maisarah mengeluh. "Nak buat macam mana. Dah memang itulah kehendak-Nya. Lagipun cuti semesta dah nak habis." Afiqah menggenggam erat tangan Maisarah. "Urmm, Fiqah, Sarah.. Nak tak ikut aku pergi satu tempat. Mesti korang suka punya. Jomlah. Pergi siap-siap. Aku tunggu kat luar." Yusry tersenyum. Lama juga dia tak bersua dengan kawannya itu. Afiqah dan Maisarah bersetuju dengan sekali anggukkan. 

Sampai sahaja mereka di tempat yang dimaksudkan, Afiqah dan Maisarah saling berpandangan. "Why ? There is something wrong?" Yusry bermain dengan keningnya. "Kami pernah pergi kedai ni ! We're very happy more than you know. Let's go!" Afiqah menepuk-nepuk bahu Yusry. Yusry hanya tersengih melihat gelagat mereka. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kedai itu. Aisyah orang pertama yang mereka nampak kemudian Afiqah dan Maisarah saling terkejut. "Aisyah ??" 

Kedai lukisan itu sudah menjadi seperti cafe. Akibat mereka semua sudah berkenalan tidak salah bagi Aisyah menjemput mereka minum-minum dahulu di kedainya. "So, this store is yours?" Afiqah tersenyum. Kagum dengan Aisyah. "Auntie Ara is your mom, right?" Maisarah masih ingat lagi akan Auntie Ara. Dia mula tertanya-tanya kemana Auntie Ara. "Yes and yes." Aisyah tersenyum lebar. "Welcome and all of you must buy some paintings. Must! Ahha" Aisyah bergurau sambil memegang erat tangan Afiqah dan Maisarah. Mereka dapat lihat keihklasan Aisyah berkawan dengan mereka. Afiqah mula mengalirkan air mata. Tiba-tiba sahaja hatinya sebak untuk meninggalkan Australia. "Please don't joking around, you're scaring us. haha, we'll back to Malaysia tomorrow, tomorrow nya again." Maisarah bercekak pinggang. "Amboi. Speaking tak menjadilah tu.Haha! " Yusry ketawa kecil melihat gelagat mereka. Senang melihat mereka semakin rapat.

"Eh, kami nak tengok lukisan kat sini sekejap. Probably will take at least 20 to 30 minutes ? haha" Maisarah menarik tangan Aisyah langsung mengajaknya meninjau lukisan di situ. Aisyah hanya memerhati dari jauh. Kelihatan Yusry dan Aisyah lama berborak dan menampakkan sedikit keresahan diwajah Yusry. Aisyah dapat rasakan sesuatu. Bukan pasal mereka tapi pasal Auntie Ara yang tidak kelihatan dari tadi.


Malam itu, Yusry menyepikan diri. Dia tidak makan malam. Penat mereka mengajaknya, tapi Yusry tetap berdalih. Tiada pilihan lain selain mengikut sahaja kehendaknya. Afiqah dan Maisarah mula risau. Afiqah yang sedar ada sesuatu yang tidak kena dari tadi sudah berfikir macam-macam.

Pagi itu, mereka bangun awal. Memandangkan hari ini hari terakhir mereka di sini, mereka bercadang untuk menghabiskan masa mereka bersama Uncle Osman dan Auntie Safura pergi berjalan-jalan di sebuah pantai di situ atas jasa mereka menjaga dan menumpangkan mereka di rumahnya. Sekejap sahaja malam sudah datang menyandang tugas, kini mereka benar-benar rasa hari berlalu semakin pantas. "Arghh, I can't believe this!" Maisarah meraung sambil memeluk Afiqah. "Sudahlah, Nothing we can do Mai. What we feel sure will happen. sure it happens. Lagipun, kita boleh pergi lain masakan? InsyAllah." Afiqah cuba memujuk Maisarah yang hampir menangis akibat terlalu sedih. 
  -------------------------------------------------------------------------------------------------------
       "Hari ini bermula bukannya mimpi! lalala~ " Sempat Maisarah menyanyi lagu Dr Slump Arale sambil melangkah kaki ke Lapangan  terbang menghilangkan rasa sedihnya. Dia menggenggam erat tangan Afiqah. "Eh wait, Yusry mana? Tadi malam pun aku tak nampak dia. Dia ke mana? Dia tak tahu ke kita akan balik lagi 30 minit ?" Afiqah menjadi resah. Dia cuba menelefon Auntie Safura yang berada di rumah akibat kerjanya yang banyak langsung dia tidak dapat mengikut mereka ke lapangan terbang. Ternyata Auntie Safura pun tidak sedar kemana Yusry pergi semenjak malam tadi.

Lima belas minit yang tinggal benar-benar membuat mereka risau. Afiqah hampir menangis namun ditahan air matanya. Maisarah pula sedaya upaya menelefon Yusry tetapi langsung tidak diendahkannya. Kali ini mereka lebih risau dan semakin serius. Tidak sampai satu minit, mereka ternampak Yusry berjalan ke arah mereka. Setiba sahaja Yusry dihadapan mereka, langsung mereka terus memarahinya. Tidakkah dia tahu yang mereka akan pulang ke Malaysia ? Yusry hanya tersenyum cuba menerangkan hal yang sebenar. 

Tidak lama kemudian, Aisyah menyusul. Afiqah dan Maisarah saling terkejut. "Aisyah, Maisarah. Aku akan tinggal sini buat sementara waktu. Mak Aisyah koma masuk Hospital semenjak waktu Aisyah tidak datang lagi untuk melukia di kawasan rumah Auntie. Masih ingat? Sorry, aku akan balik dengan segera bila semuanya dah selesai. Aku janji. Maisarah, tolong jaga Afiqah. Jaga diri korang baik-baik. Doakan kami di sini okay?" Yusry menaikkan ibu jarinya. Afiqah dan Maisarah mula mengalirkan air mata. 
"Afiqah kau orang pertama dan terakhir yang akan aku cintai, tapi kau bukan selamanya untuk aku. Aku minta maaf. Aku tak nak kau pulang dengan rasa dendam atau apepun. Aku nak kau tahu, kau adalah sahabat aku yang paling istimewa yang pernah aku ada. Kau pun Maisarah." Yusry hanya mampu tersenyum. Dia cuba menahan sebaknya. 

"Afiqah, Maisarah. Saya bangga dapat berkenalan dengan kamu semua. Rasa ikhlas yang tersemat di hati akan saya simpan erat. Maafkan saya atas apa yang berlaku. Saya tak berniat untuk melukakan hati sesiapa. Ini... lukisan untuk kamu sebagai hadiah daripada saya sebagai ikatan persahabatan kita. Simpanlah selagi kita masih saling menyayangi. Mates, as much as you believed, as much as dreamed, tomorrow will definitely rise and shine." Aisyah terlalu ikhlas mengucapkan kata-kata yang benar-benar menyentuh perasaan Afiqah dan Maisarah. Mereka saling berpelukkan. Saat itu dihayati dengan penuh keikhlasan atas nama seorang sahabat. 

Berada di dalam kapal terbang lagi sekali membuatkan mereka rasa cuak dan gayat. Mereka cuba melambai-lambai Yusry dan Aisyah yang sudah tidak kelihatan dan mereka semakin tinggi terbang di atas awan. Mereka cuba melihat lukisan yang dibungkus kemas oleh Aisyah. Ternyata ini lukisan yang mereka hendak beli semasa di kedai Aisyah dan ibunya. Mereka baru perasan bahawa lukisan itu adalah lukisan yang dilukis semasa hari pertama mereka nampak Aisyah melukis gambar di kawasan rumah Auntie Safura.
Walaupun mereka pulang tanpa Yusry, tapi mereka pulang keihkhlasan seorang sahabat yang benar ikhlas bersahabat dengan mereka. Kini, mereka berasa tenang dan sentiasa senyum sepanjang perjalanan pulang ke Malaysia. 

"Friendship sometimes requires understanding, loyalty, jealousy, and wasting time. Aniyaa! We actually spending our time under the name of friendship."

~ THE END~ thanks :)